budak gojes ngah intai blog saye (",) hehe..
gravatar

check up



assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...




haaa amek kaw~! hehehe




sekarang 4-may-2012 bersamaan hari jumaat .bersamaan hari malas saya. ngeh ngeh ngeh.






di sebab kan blog da agak pelik bagi aku, kalau tekan home je mesti terus jadi blur so tak dapat la nak approve segala komen komen para readers =.='' aiseymen. sesekali terfikir jugak macam mana nak tukar gambar profile kat blog ni. aiseymen lagi sekali.

ada sesiapa yang baik hati nak tolong? saya tak nak tuka background ke hape, saya cuma nak tuka gambar saje. huhuhu.





okay okay! 2-may-2012 hari tu ajak suami pergi klinik najihah untuk buat check up kat baby, sebab dah ramai sangat cakap kembar kembar, hati jadi tak keruan. bila nama dah kena panggil, hati bertambah tak keruan. bila dah baring n dokter dah letak ape tah nama nye tu dekat perut, bertambah tambah tak keruan. sekali tetibe ternampak DUE. ehhhhhhh! doc! kembar ke? terus tanye laju laju. padahal tempat yang scan tu doc tak gerak kan lagi, baru letak. haaa amek kau! gelojoh. hahahahaha.

doc ckp, satu je bukan due. haha. so TUAN TUAN dan PUAN PUAN, SINGLETERMS je ye. bukan kembar. alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, baby membesar dengan sehat. agresif sangat masa scan perut tu, baby memang tak boleh duduk diam, kejap meniarap, kejap menelentang. doc ckp, kemain seronok anak kamu kat dalam perut, tak boleh duk diam. hehehehe. patut la perut saya kejap ke kiri kejap ke kanan. hehehhe.~

masa tu rasa sebak sangat. menitis air mata tengok. :')
terima kasih ya allah sebab kurniakan zuriat :)







BABY LEBIH KURANG MACAM NI LA. NI GAMBAR DR GOOGLE. KITA PUNYA FILEM KECIK SANGAT, NAK SCAN PON TAK JELAS. so pinjam google punye. hehehe~ tapi baby tak delah kecik cam ni. kita punya baby besar. tengok perut la.. hehe

sebenarnya tak sabar nak scan 4D punye, tp sebab baby kecik lagi kan. nanti da 7 bulan kita buat scan 4D. muka baby pun boleh nampak :)



ni pic latest dengan anak anak sedara suami. dekat kenduri kawen sedara suami. rileks je kitorang betiga pakai macam ni. hahahaa. sempoii...~ eh okay! kita nak balik !


+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

6 bulan lagi

assalamualaikum..


ke main besar salam tu ha. excited naw! haha

marilah sama sama kita countdown! haha. insyaallah kalau tak TER cepat atau TER lambat due date besalin 31/10/2012. so 6 bulan lagi. heeee. hati? berdebar debar tak sabar. takut? ada tapi rasa tak sabar da menutupi segala nya.

ramai mintak upload pic perut. suami tak bagi. tapi ri tu deting deting tengok bttleship dia pulak yang excited nak ambek gambar kite. heee pastu bagi pulak tu upload kat fb. mekaseh yunkk :D ohh ye! da lame baru dapat tengok bttleship. terbaik lah kan! rasa macam nak tengok lagi la :D

mula mula upload pic ni dulu, pic duduk







ramai cakap perut besar, sebab baru 3 bulan. n ramai sangat tanya. twins ke? ishhhhhh! kalau la masin mulut korang korang . dapat twins . seronokkkkk nye la hai! hehehe. tapi tak tahu lagi, minggu depan baru nak g checkup. :D RAMAI JUGAK YANG TEKA BABY GURLZ.. tak kesah la baby gurlz ke boy ke janji sempurna dan sehat hendak nya :)

so sebab ramai sangat cakap kenapa da 3 bulan perut besar sangat, kita cakap la mybe sbb duduk kot, si kita upload la pic berdiri pulak. hehe









ok. memang perut kita nampak besar kan.. hehehehe.. tak kesah besar ke kecik ke janji mummy n baby sehat :) kan.. hehe

korang korang doa kan la yang terbaik untuk kami k :)

ni ada doa doa untuk ibu ibu mengandung yang serupa dengan saya!

sama sama lah kita amalkan ye :) ok nak balik. malam ni ada dating lagi :D heheeh
assalamualaikum ♥


+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

isu semasa

selamat hari jumaat. semoga hari ini lebih indah dari hari semalam. :D heeee

nak kata banyak keje, tak delah banyak sangat tapi sekarang memang malas sangat lah nak buat keje. hehehe. setiap 2 minit duk tekan news feed kat home facebook. nampak sangat lah bosan giler hari ni. pagi pagi tadi seronok lah berbalas komen, bila masuk tengahari ni mood nak tidur je yang datang. aiseyh.

di sebab kan tengah rajin menaip ni nak gak lah share pendapat tentang isu REMAJA atau BUDAK BUDAK BARU NAK UP ATAU BAHASA SEDAP NYE ORANG TAK SEDAR DIRI. ngeh ngeh ngeh =p

aku tak nak lah bual kan pasal isu pemakaian, gaya bebas diorang, or whatever. sebab kang aku cakap lebih lebih kang kena kat batang hidung sendiri. hehehe. tapi pasal isu ni aku langsung tak terjerumus okay! amboi bukan main tak aci lagi aku kan? hahahaha.

sebenarnya pasal isu ni aku nak bincang kan :-
korang nampak tak? rasa macam blur blur la pulak kan? aku paling n terpaling tak suka lah diorang guna bahasa ewww ewwww ni. bagi sesetengah orang diorang fikir bahasa macam ni soooo kreatif. bagi aku? kau bukan kreatif, kau perosak bahasa paling tegar ! gila aku benci dohhhhh. kan elok pakai bahasa biasa ni. senang nak paham, ni tak.. contoh nya :-

'' abg, jurm ur itew gie jenjalarn. bowsarn urh duwk rumah sowrang-ii ''
(baca : abg jum lah kita pergi jenjalan. bosan lah duk rumah sorang²)
aduiii sakit hati aku baca okay! bukan ke mak bapak korang hantar pi sekolah sampai tingkatan-5, siap sambung study lagi. korang ambek course mana yang ada subjek ajar macam tu =.=''
aku ni ha SPM je pun, okay je bahasa. ish ish ish. yang terpaling latest ayat yang ade -ii ni. menyampah nak tengok!

contoh lagi :-

'' kow skunk terjew kurt manerw? lamerw gurk urh xdewnga citew kow. duk turt manerw skunk? ''
(baca : ko skang keje kat mana? lama gak xdengar citer ko. duk kat mana skang?)

mana lah pergi akidah bahasa malaysia diorang ni kan? hahahaha. sakit mata ni tengok, sakit lagi hati ni weyyy! kenapa lah kena ada bahasa macam ni kan. aduhai nye ponnnnnnn =.='' turt turt, ingat kan turt keju ke turt nenas ke.

kepada yang mengguna pakai bahasa macam ni cepat cepat lah kembali ke pangkal jalan okay. kwang kwang kwang. =p

maaf pada yang terasa. hari jumaat macam ni bukan nak mengata mahu pun mengutuk, cuma nak berkongsi sahaja :D heeeee~

dah nak sambung layan facebook balik :D weeeee~


+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

mengidam

assalamualaikum :)

hari ni baru terasa nak update blog :) n nak tau, ari ni adelah genap seminggu aku mula bekerja dengan sukses nye. selera makan jugak dah okay! hehe. tapi sejak due menjak ni pinggang sakit giler! tak tertahan rasa nya, kalau nak tidur tu azab je rasa nya. baru 3 bulan blom 6-7-8 bulan lagi. dugaan orang bawak baby :) sabar jela. heheheh.

cerita pasal mengidam ni, da name nya pun berbadan dua kan. mula la rasa nak makan itu ini. masa belum kawen tu, tengok orang mengandung terasa nak itu la ini lah.pelik je kan. n teringin sangat nak rasa macam mana rase MENGIDAM TU.haaa skang da rasa baru tau. kalau nak sangat tu, nak jugak! kalau lambat dapat siap boleh nangis u olls. hahahah..

2 minggu lepas, bangun je tidur terasa nak makan kuih seri muka. terus cakap dekat mak. 15minit lepas tu mak panggil dari dapur, tau tau da ada je kuih seri muka. terima kasih mak :)
minggu lepas masa ngah santai santai tengok nona kat tv3 tiba tiba terasa nak makan kuih donut pulak. aisey. masa pagi pagi tak nak terasa, ni da tengahari mana nak carik. pastu terus cakap dekat mak. kebetulan masa tu mak nak pergi tengok kakak dekat hospital. mak balik je terus panggil kat dapur, mak beli kan kuih donut dekat hospital. hehee tenkz mak.

err kenapa semua mak? suami mana? sepanjang nak n teringin ni, suami mesti keje. so mak je yang ada kat uma :D heheeh

n sekarang teringin lak nak makan nasi lemak sambal sotong. grrrr. da due hari tak dapat. mintak² hari ni dapat la. aduiii tengok gambar dia tak tahan wey..... help me!

dua hari lepas, g dating dengan suami. lama da tak dating sejak mabuk teruk ari tu. tapi kelua kejap je pergi makan pizza. then balik sebab mengantuk gila! tak tau lah kenapa sekarang keja nya nak tidur je =.=''da lama tak snap pic. dah lama tak de gamba baru. da lama tak kurus. hahahahah.ni pic latest. pipi bulat gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!! err muka putih sangat sebab depan flash. hehehe. yang terlindung tu pulak gelap, padehal suami lagi putih dr kite. ngeh3 :p

14-4-2012 hari tu befday kawan baik nurul rasyha, masa tu jugak dia rasa sakit nak bersalin. padahal due date dia 17/4/2012. wahh untunglah dapat hadiah paling berharga :) baby girl 3.1kg.. tahniah yunk. comel giler!!

terus rasa tak sabar nak tengok baby aku lahir :')

p/s : Kata pakar perubatan mengidam berlaku disebabkan perubahan hormon dalam tubuh wanita mengandung yang meningkatkan kepekaan deria bau( deria rasa ) . Agaknya sebab itulah biasanya mengidam membabitkan makanan bukan soal² lain.


+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

indah











no words can discribe my feeling rite now :)

err nak tau sebab ape??

1- gambar kawen da siap.. yey! hahaha. akhir nya siap gak... :D nak tengok?

outdoor potrait ♥


malam berinai ♥

persandingan ♥


yey! suka gambar ni ♥





bagi tengok ni dulu okay. xdan nak update lagi. ni pon lagi 5 minit nak balik. rushing² update :)
sebenarnya da seminggu tak masuk keje. medical leave ........... alhamdulillah sekarang dah okay sikit :)

2-jeng jeng jeng... saye pregnant! hahaha. acctually da dua bulan pun :)
so sekarang dalam FASA mabuk teruk... waaaaaaaaaaaaa.. da 2 weeks tak makan nasi, bukan xnak makan tapi tak lalu nak makan. tengok nasik je nak muntah. PARAH!

------------------------------------------------------------------------------------------





okay! assalamualaikum.... sebenanye entry atas tu entry due minggu yang lalu, tak sempat update pon akibat tak larat tengok pc. dan ari ni lepas due minggu cuti, baru boleh bangun pegi keje dan sambung balik entry kat atas.. hahahaha.

ke main 2 minggu cuti. ni masuk opis pun macam biul biul sikit. pening pening lalat. pagi tadi siap siap nak p keje, suami bangun tak bagi g keje. amboii mentang mentang 2 minggu aku kat rumah terus dia suh berhenti kerja. tak mauuuuuu. sebab dekat rumah adalah sangat bosan T__T masuk je opis boss kol. boss bagi cuti lagi.. weeeeeeeee seronokkkkk.....

so tengah tak de keje ni nak la citer sikit pengalaman pregnant ni. heheheh.
kalau nak di ikut kan aku bunting pelamin. heheheh tyme sanding tu kire da pregnant la.
aku nikah 06-01-2012, sanding 4-5- feb- 2012...

due piriod aku bulan satu 24/1/2012.. so sebelum nak 24/2/2012 tu aku da rase lain. tekak ni mual je, makan nasik tak boleh. hari hari nak makan tom yam. lepastu hari hari nak makan jeruk pelam, kerap nak buang air kecil, selalu sehari 2 kali je sebab aku memang jarang minum. tapi time tu 5-6 kali nk p toilet je. then ada rase sakit dekat ari- ari. sampai search kat internet pasal permulaan pregnant. print terus tunjuk kat suami. sebab simptom² yang ada kat aku sebijik ada kat artikel tu lah. time tu memang berdebar².

bila da 24/2/2012, pergi kerja macam biasa. tunggu je bila nak piriod. hahahahaha. suami pulak kejap kejap msg tanye da piriod belum. kelakar lah masa tu. so mlm tu masing masing tak puas hati terus pergi 7e beli UPT (URINE PREGNANCY TEST) mula² beli yg rm11. balik cuba. keluar 2 line tp kabur sangat yg line ke 2


sumber google, lebih kurang macam ni. so masing masing muka kecewa, tak tau nak teruja ke tak. suami ajak kelua lagi beli UPT yang mahal cikit.. rm20. hahahaha.. hasil nya




pekat sikit kan.yang ni sumber dari aku. hehe. time ni pun tak tau nak teruja ke tak sebab tak tau keputusan nye macam mana,=.='' sengal. hahahaha. so terus g rumah kakak. kakak tengok terus kakak cakap ak pregnant. so balik rumah terus lompat kat suami. suami lak jangan cakap la hepy die mcm mana kan. sampai tak boleh tidur. hahahaha..

30/1/2012 pergi klinik nak check . terus docter suruh scan..


ni pun sumber google gak, nak scan sendiri punye, malas, heheheh. doc cakap da 5 minggu.... :')
seronokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk giler :D terus suami beli kan susu ANMUM. mula mula boleh minum. lepas da mabuk tengok pon tak lalu. tapi hari hari suami buat kan jugak paksa minum sampai muntah muntah sebab nasik tak makan kan. kesian kat baby.

so sepanjang pregnant ni bole makan roti canai, maggie kari, KFC. heheheh.. tu je yang lalu..
yang lain? tengok sebelah mata pun tak boleh :'(
bile da 8 minggu, pergi lagi klinik nak scan baby. pergi klinik pakar wanita. da scan, terus dengar jantung die, time tu nak menitis air mata. seronok nya hanya ALLAH je yang tau. suami? lagi la senyum sampai ke telinga. hehehe


lebih kurang macam ni lah baby 8 minggu = 2 bulan.

perkembangan baby nanti dari semasa ke same aku story lagi :)

3- baru lah dapat g honeymoon. tengah bulan 4 ni :D yey..

hari hari sekarang terasa indah ♥











+ Wajib Baca Seterusnya..
gravatar

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU


1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel ♥


Lepas je bace artikel kat atas ni, terus wahhhhhhh.. kenape comel sgt baby ni.... dalam perut dah nampak kecomelan nye.. hehhee. cerita kat suami, siap begenang air mata dia.. so sweet...
yang terpaling sweet yang no 9. '' Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.'' hehehehee...




comel sangat. nak baby cam nii. auwwww ♥♥


+ Wajib Baca Seterusnya..


Email Login

Mail Logo

Tabung KahwenKU